Wednesday 10 April 2013

Program "Jom, Sihat Jom"

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid dan guru mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam       dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Oleh itu, Sk Sri Serdang akan mengadakan senamrobik bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Unit Ko-Kurikulum yang melibatkan semua guru dan murid-murid SKSS sesi pagi. Aktiviti senamrobik akan diadakan sebulan sekali selepas perhimpunan pagi selama 30 minit mengikut giliran hari pada setiap awal bulan, iaitu hari selasa, rabu dan khamis.

























No comments:

Post a Comment