Wednesday 10 April 2013

Program "Jom, Sihat Jom"

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid dan guru mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam       dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Oleh itu, Sk Sri Serdang akan mengadakan senamrobik bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Unit Ko-Kurikulum yang melibatkan semua guru dan murid-murid SKSS sesi pagi. Aktiviti senamrobik akan diadakan sebulan sekali selepas perhimpunan pagi selama 30 minit mengikut giliran hari pada setiap awal bulan, iaitu hari selasa, rabu dan khamis.

























Monday 8 April 2013

Kempen & Ceramah Kebersihan Alam Sekitar MPSJ 2013

Pada 3 April 2013 (Rabu), satu program sekolah telah diadakan iaitu "Kempen & Ceramah Kebersihan Alam Sekitar" yang telah disampaikan oleh wakil dari MPSJ bertempat di dewan gemilang dan dewan cemara Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.

Pameran Alam Sekitar MPSJ


Bacaan doa oleh Ustaz Hanis








Pengacara Majlis (Ustazah Zainina)

Ceramah Kebersihan disampaikan oleh wakil daripada MPSJ


Sesi menjawab soalan




Hadiah diberikan kepada murid yang berjaya menjawab soalan





Murid melihat pameran 'Kempen  Kebersihan Alam Sekitar'